Kutipan Filem 'It' Kini Melepasi USD500 Juta

Nampaknya, filem adaptasi karya Stephen King, It terus mendominasi carta box office. Dengan hanya bajet sekitar USD 35 juta, adaptasi kali ini menjadi antara adaptasi Stephen King yang paling berjaya. Setelah minggu pembukaan filem ini yang dianggap berjaya mendapat kutipan yang baik, filem ini terus mengutip lebih dan lebih lagi sepanjang tayangannya.


Variety melaporkan bahawa filem ini telah mencapai kutipan melebihi USD 500 juta untuk kutipan seluruh dunia. Walaupun filem ini masih belum berjaya mengatasi kutipan filem The Sixth Sense yang mana berjumlah USD672 juta, It ialah filem seram berklasifikasi R yang paling berjaya buat masa sekarang.



Buat masa ini, pencapaian filem It nampaknya boleh dibanggakan disebabkan ianya tidak boleh ditayangkan untuk semua lapisan masyarakat. Untuk masa ini, filem ini masih belum ditayangkan di Jepun, Jerman dan Itali. Kemungkinan kutipan filem ini akan mengatasi filem The Sixth Sense nampaknya mungkin boleh diambil kira apabila filem itu ditayangkan kelak.

Mengadaptasi karya Stephen King bukanlah sesuatu yang mudah. Terdahulu, The Dark Tower antara yang gagal mendapat sambutan. Namun, pengarahnya It, Andy Muschietti berjaya membawa karya Stephen King itu dengan cara yang baik dan juga berjaya. 

Korang dah tonton ke belum??

Catat Ulasan

0 Ulasan