Kaitan Donald Trump Dalam Kingsman 2 Dibuang

Kingsman 2: The Golden Circle sudah menjadi antara filem yang mencatatkan kutipan yang memberansangkan walaupun mendapat komen negatif dari pengulas filem. Nampaknya, penonton mempunyai citarasa yang berbeza dan melihat filem ini sebagai sebuah filem popcorn yang berjaya. Di Malaysia, Kingsman 2 ditayangkan dengan sedikit potongan oleh LPF, tetapi masih boleh dinikmati dengan baik




Suka Filem sedikit kesal apabila watak Channing Tatum dikecilkan kerana masalah penjadualan. Malah, nampaknya ada lagi perkara lain yang dibuang daripada filem tersebut yang menjadikan filem ini lebih 'play safe' dari filem pertama. 

Pengarah filem Kingsman: The Golden Circle Matthew Vaugn menjelaskan kenapa rujukan kepada presiden Donald Trump dibuang daripada filem tersebut. Dalam filem pertama Kingsman: The Secret Service yang ditayangkan pada 2015, yang mana mengutip USD414 juta seluruh dunia, beberapa orang kuat dunia termasuk president Barack Obama sendiri.

Dalam draf awal The Golden Circle, penjahat filem ini iaitu Poppy lakonan Julianne More menzahirkan hasrat untuk mengacarakan rancangan The Apprentice, sebuah rancangan realiti TV milik Donald Trump. Namun, perancangan itu digugurkan dari filem kerana mahukan filem ini ada ciri 'escapism di kala Amerika Syarikat yang dipenuhi dengan pelbagai masalah ini.

Jelas Matthew Vaughn lagi, semenjak Donald Trump diangkat sebagai presiden Amerika Syarikat menggantikan Barack Obama, dunia menghadapi kejutan dan juga gelora baru. Menggunakan watak Trump dalam filem ini mungkin menyebabkan ramai penonton tak dapat menikmati filem ini sebagai popcorn movie. 



Ketika draf skrip filem ini ditulis, Matthew Vaughn menjelaskan bahawa White House Oval Office mahu direka seperti Trump Tower. Semuanya akan ditatahkan dengan emas dan bersinar-sinar. Kemudian, idea itu dibakul sampahkan ketika itu kerana Matthew Vaughn percaya bahawa Donald Trump akan menang walaupun ramai meraguinya. Dan setelah kemenangan itu menjadi nyata, Matthew Vaughn memilih untuk membuang kritikan terhadap Donald Trump dalam filem Kingsman 2.

Kingsman 2 mendapat kritikan negatif daripada pengulas filem. Namun, dilaporkan, filem itu berjaya mengutip USD 97.7 juta pada minggu pembukaannya.

Catat Ulasan

0 Ulasan