'Jigsaw Blood Drive' Bantah Larangan Gay dan Biseksual Untuk Derma Darah

Pelbagai cara dilakukan oleh team promosi untuk melariskan filem mereka. Salah satu yang popular ialah melancarkan trailer di Facebook. Selain itu, menerbitkan poster yang baik juga antara perkara yang sering dilakukan untuk mempromosikan sesebuah filem. Namun, Jigsaw mengambil langkah yang berbeza apabila melakukan Blood Drive setiap kali filem mereka akan muncul di pawagam.


Kempen derma darah ini dilakukan semenjak daripada filem pertama lagi. Namun, tidak ramai yang mengetahui tentang kempen ini kerana ianya hanya dijalankan di Amerika Syarikat sahaja. Ianya ialah satu langkah yang bagus untuk mengajak penonton menderma darah dan pada masa yang sama mempromosikan filem mereka.



Aktiviti ini dijalankan semenjak filem pertama lagi yang bermula pada tahun 2005. Untuk Blood Drive kali ini, semua warganegara Amerika yang ingin menderma darah dialu-alukan untuk hadir menderma darah mereka.

Untuk kempen ini yang dinamakan "All Types Welcome" ini, antara objektifnya ialah untuk menghilangkan stigma masyarakat terhadap gay dan biseksual di kalangan penderma darah. Hal ini kerana semenjak 2015, individu gay dan biseksual tidak boleh lagi menderma darah seumur hidup mereka. 

Penderma darah akan dapat tiket percuma untuk menonton filem Jigsaw yan bakal ditayangkan nanti.Beberapa poster yang memaparkan karakter berbeza sudah dimuat naik sebagai promosi. Poster ini dipaparkan sebagai tanda protes terhadap larangan gay dan biseksual untuk menderma darah. Jika anda lihat juga, warna poster kali ini bebeza dengan poster sebelumnya yang berwarna merah dan gelap. 


Penonton di Malaysia mungkin tidak akan dapat menikmati filem ini di pawagam kelak. Semenjak daripada Saw yang pertama, siri filem ini tidak pernah dilepaskan untuk ditayangkan di pawagam kerana kengerian melampau yang dipaparkan. Namun, Suka Filem pasti bahawa korang boleh menunggu sedikit masa sebelum ianya hadir dalam bentuk Home Entertainment.

Jigsaw ialah filem kelapan dalam siri filem Saw. Ianya ialah soft reboot yang bakal memiliki kisah baru. Filem ini dbintangi oleh Laura Vandervoort, Matt Passmore, Mandela Van Peebles,Hannah Anderson dan Brittany Allen. Ianya diarahkan oleh Michael Spierig dan Peter Spierig.

Catat Ulasan

0 Ulasan