Egerton Jelaskan Kenapa Watak Channing Tatum Terlalu Kecil

Bagi yang menonton filem Kingsman 2, Suka Filem pasti yang anda agak sedikit kecewa apabila melihat Channing Tatum hanya menjadi sebahagian daripada watak kecil yang tidak menyumbang kepada perkembangan cerita. Di dalam filem ini, Channing Tatum yang memegang watak Tequila terkena kesan dadah beracun lalu direhatkan sepanjang filem. 




Kingsman: The Golden Circle mengisahkan Eggsy yang cuba untuk menyelamatkan dunia buat kali keduanya. Kali ini, ancaman datang daripada seorang perempuan psiko, Poppy (lakonan Julianne Moore) yang mana mengugut Amerika untuk membatalkan pengharaman terhadap dadah dan mahu ianya dijual di seluruh dunia. Tambah buruk, headquaters Kingsman dibom dan mereka tinggal sehelai sepinggang dan terpaksa mendapatkan pertolongan Statesman, agensi spy dari Amerika.

Bercakap dalam satu temubual bersama The Hollywood Reporter, Taron Egerton yang memegang watak Eggsy menyatakan bahawa watak Channing Tatum terpaksa dikecilkan kerana terdapat masalah dari jadual pelakon tersebut. Adegan yang sepatutnya menyerlahkan aksi hebat dari Tequila digantikan dengan watak Whiskey lakonan Pedro Pascal.

Tidak diketahui kesibukan pelakon itu kerana apa, tapi mungkin juga Channing Tatum tidak dapat memberikan komitmen dalam Kingsman 2 kerana lakonannya dalam filem Logan Lucky. Walaupun sedikit kecewa dengan kemunculan pelakon ini yang hanya sebagai tambahan sahaja, Suka Filem harapkan yang watak Tequila diberi peluang untuk menyerlah dalam filem ketiga nanti.


Kingsman 2 masih ditayangkan di pawagam. Penonton yang ingin menonton babak kontroversi tanpa potongan dinasihatkan menunggu edisi Uncut yang bakal diterbitkan nanti. 

Catat Ulasan

0 Ulasan