Draf Filem Flashpoint Siap, Pencarian Pengarah Diteruskan

Dilaporkan bahawa Warner Bros sudah menerima draf terbaru filem Flashpoint yang bakal menampilkan watak superhero The Flash. Studio itu juga dilaporkan dalam usaha untuk mencari pengarah filem berkenaan yang mana menjadi sebahagian daripada dunia DC Extended Universe.




Buat masa ini, filem ini sudah kehilangan empat pengarah. Dimulai dengan Chris Lord dan Phil Miller yang meninggalkan projek itu pada awalnya, lalu diikuti dengan Seth Grahame-Smith dan seterusnya Rick Famuyiwa. Pencarian pengarah akhirnya membawa kepada tawaran kepada Robert Zemeckis. Proses pemilihan akhir pengarah kini di tahap akhir sebelum penggambaran bermula.

Dilaporkan bahwa pengarah Robert Zemeckis bukanlah pengarah yang satu-satunya menjadi pilihan studio berkenaan. Namun, kelihatan bahawa Warner Bros memang berminat untuk menyunting pengarah tersebut untuk mengarahkan Flashpoint. Jika ianya terjadi, maka ianya akan memberi nafas baru kepada filem pengarah tersebut.

Buat masa ini, plot filem Flashpoint masih disimpan ketat dan masih belum diketahui sepenuhnya. 

Catat Ulasan

0 Ulasan