Posts
TRENDING
SUBSCRIBE SUKA FILEM DI YOUTUBE!
LIKE DAN FOLLOW KAMI DI LAMAN FACEBOOK
- Get link
- Other Apps
- Get link
- Other Apps
Menarik!
Bayaran Terbesar Robert Downey Jr. Untuk Filem 'Avengers: Endgame' Didedahkan
Walaupun di dalam filem ini, pelakon Robert Downey Jr perlu berkorban nyawa untuk menyelamatan seluruh alam semesta, spekulasi ada menyatakan yang pelakon itu mungkin akan kembali dalam filem MCU selepas itu. Ya, selepas cameo dalam Spider-man: Far From Home, cameo Iron Man akan muncul dalam filem Black Widow. Dalam satu laporan, didedahkan yang pelakon ini dibayar sebanyak USD75 juta untuk lakonannya dalam Avengers Endgame. Ianya ialah bayaran tertinggi antara pelakon-pelakon filem berkenaan. Robert Downey Jr. mendapat bayaran USD25 juta bayaran gaji pendahuluan yang mana agak mahal untuk seorang pelakon. Bayaran baki USD50 juta pula dibayar selepas itu melalui beberapa perjanjian yang dibuat. Angka itu memang cukup besar untuk seorang pelakon yang menjadi tunggak kepada perjalanan kisah Marvel Cinematic Universe. Iron Man bermula pada 2008 dimana pada ketika itu, dia hanya dibayar USD500 ribu sahaja. LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK
RDJ Merupakan Satu-Satunya Avengers Yang Membaca Skrip Penuh 'Endgame'
Russo Brothers mendedahkan bahawa satu-satunya Avengers yang diberikan peluang untuk membaca skrip penuh filem berkenaan ialah Robert Downey Jr yang mana merupakan tunjang utama kepada dunia MCU berkenaan. Endgame mungkin merupakan filem yang dinantikan seluruh dunia selepas kejayaan Infinity War tahun lepas. Ramai yang menganggap bahawa Endgame merupakan filem terakhir untuk beberapa watak dari dunia MCU seperti Iron Man, Captain America dan Thor. Namun, spekulasi ini masih belum ada pengesahan. Para pelakon sendiri tidak pernah menyatakan bahawa kontrak mereka bakal berakhir atau sebaliknya. Walaupun kita tidak tahu sama ada ini ialah filem terakhir Iron Man atau tidak, kita pasti bahwa Iron Man mungkin antara watak yang penting. Jadi, mungkin disebabkan itu, Russo Brothers memberi peluang untuk pelakon berkenaan membaca skrip penuh filem berkenaan yang menjadi rahsia sehingga kini. LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK
Asal Usul Sebenar Ayat 'I Love You 3000' Dalam Filem 'Avengers: Endgame'
Avengers: Endgame tidak lari daripada pelbagai dialog yang begitu diingati oleh penggemar filem. Antara dialog yang diingati di dalam filem tersebut ialah ayat 'I Love You 3000' ataupun dalam bahasa malaysia ialah 'saya sayang awak 3000 kali'. Ayat ini diucapkan oleh anak Tony Stark ketika Tony mahu menidurkannya. Ramai yang mencari-cari apa yang dimaksudkan dengan nombor 3000 di dalam ayat itu. Kenapa 3000 dan bukan nombor lain? Terdahulu, ada teori yang menyatakan bahawa ayat tersebut membawa maksud jumlah durasi setiap filem MCU. Tetapi, penulis lakonlayar filem Avengers: Endgame, Christopher Markus dan Stephen McFeely mempunyai jawapan lain. Menurut mereka, perkataan itu diucapkan oleh Robert Downey Jr kerana ianya diambil daripada ayat yang selalu digunakan oleh Robert Downey Jr sendiri terhadap anak anaknya di dalam dunia sebenar. Di dalam filem, Robert Downey Jr. sepatutnya membalas dengan dialog 'I love you tons, I love you tons' tetapi d
Pelakon Francais Filem 'Taxi', Dahulu dan Kini
Rupanya, dah lebih 10 tahun filem terakhir Taxi diterbitkan. Sukar untuk percaya bahawa siri filem ini sudah lama menghilang. Pada tahun 2018, Taxi 5 nampaknya akan mengembalikan aura Taxi versi baru dengan menampilkan pelakon utama yang berbeza. Taxi ialah sebuah francais komedi aksi yang dimulakan oleh Luc Besson dan dibintangi oleh pelakon-pelakon Frech berbakat. Selepas 10 tahun filem terakhir terbit, anda pasti berfikir tentang apakah berita terkini berkenaan pelakon-pelakon filem tersebut kini. Nah, kami bawakan pelakon-pelakon Taxi yang anda kenali. Untuk info, filem pertama Taxi diterbitkan pada tahun 1998! Samy Nacеri (Daniel) Selepas filem terakhir Taxi diterbitkan pada tahun 2007, nama Samy Naceri terus tenggelam. Namanya kerap kali menjadi sebutan di berita kerana kes jenayah yang sering dilakukan. Dia disabitkan kesalahan holiganisma beberapa kali dan tidak ada filem baru selepas itu. Frédéric Diefenthal (Émilien) Selepas tamat membintangi filem Ta
Filem Sony Tahun 2022 Bakal Tayang Di Netflix Selepas Habis Tayangan Pawagam
Netflix kini sudah menandatangani perjanjian dengan Sony untuk menayangkan filem mereka di penstriman tersebut selepas habis tayangan di pawagam. Filem yang termasuk dalam perjanjian ini termasuklah filem Uncharted lakonan Tom Holland. Langkah yang diambil Netflix ini semestinya untuk mengekalkan platform penstriman itu berada sentiasa di hadapan dengan pelbagai pesaing penstriman lain yang wujud seperti HBO Max/ HBO Go, Amazon Prime Video dan pelbagai lagi. Terdahulu, Amazon Prime Video membeli hak cipta filem Coming 2 America dengan jumlah harga USD125 juta. Netflix juga, pada tahun 2020 telah menyambar filem hebat seperti The Lovebirds, Enola Holmes, The Trial of the Chicago 7 dan The Woman in the Window sekaligus menghalang filem tersebut dinikmati di pawagam. Sebelum ini, Sony sememangnya sudah ada perjanjian ekslusif untuk filem mereka terutama filem animasi. Kini, perjanjian diteruskan dengan filem live-action dan juga memberi ruang untuk menayangkan filem tersebut terus k
Keanu Reeves Pernah 'Dipenjara' Hampir 11 Tahun Kerana Tolak Untuk Berlakon 'Speed 2'
Keanu Reeves kembali disebut-sebut dalam dua perfileman kerana wataknya dalam filem John Wick. Terbaru, filem John Wick 3 sudah menjengah pawagam sekaligus melonjakkan nama pelakon ini yang sudah suram setelah sekian lama. Keanu Reeves sebelum ini begitu dikenali dengan watak Neo dalam siri filem The Matrix yang terbit sekitar awal 2000. Namun, sebelum itu, dia lebih dikenali di dalam filem Speed dengan membawakan watak Jack. Di dalam filem ini, dia digandingkan dengan aktress Sandra Bullock. Filem ini berkemungkinan telah membawanya kepada tragedi apabila dia 'dipenjara' selama lebih 11 tahun daripada berlakon dengan penerbit 20th Century Fox bermula 1997. Semuanya gara-gara pelakon itu menolak tawaran untuk membintangi sekuel Speed yang mana berkisar tentang kapal yang tidak boleh berhenti. I loved working with Jan de Bont and Sandra, of course. It was just a situation in life where I got the script and I read the script and I was like 'ugggghhh’. It wa
5 Filem Malaysia Paling 'Panas' Yang Berjaya Ditayangkan [Part 2]
Disebabkan artikel sebelum ini mendapat sambutan yang hangat, admin dengan ini dengan pantasnya membawakan kesinambungan kepada artikel yang memaparkan filem-filem Malaysia yang sememangnya berani mati sehingga mengabaikan aspek yang dianggap taboo oleh masyarakat Malaysia. Jika berminat: KETAHUI CARA NAK TRACE AKAUN NETFLIX KORANG DAH KENA HACKED ATAU TAK! Nah, kami sajikan 5 lagi filem yang sememangnya panas membara: 1. Abuya: Part 2 (2011) Jangan pelik, filem ini tidak ada Part 1. Entah kenapa ianya dinamakan Part 2 tidaklah diketahui. Filem ini gagal menyerlah di pawagam walaupun ianya meletakkan aura Faizal Hussein sebagai teraju utama. Malah, faktor keseksian Jue Aziz, Andrea Abdullah dan beberapa pelakon lain yang memegang peranan sebagai isteri-isteri Abuya gagal menambat peminat. Antara babak panas yang ditayangkan dalam filem ini termasuklah adegan isteri Abuya sedang terbaring bernafsu dan juga adegan nasi kangkang. Beberapa adegan yang mun
Reboot Filem 'Power Rangers' Bakal Berlatarkan Era 90an
Filem Power Rangers yang diterbitkan pada tahun 2017 nampaknya bukanlah sebuah filem yan berjaya. Ianya hanya berjaya mengaut untung sebanyak USD 140 juta sahaja dan mendapat ulasan yang sederhana dari penonton filem. Maka, disebabkan hal itulah, filem ini nampaknya bakal direboot sekali lagi. Hollywood Reporter mendedahkan bahawa reboot filem ini kini sedang dalam pembikinan. Pengarah yang dipilih untuk mengendalikan filem ini ialah Jonathan Entwistle yang juga menjadi pengarah kepada filem The End of F---ing World. Walaupun masih belum didedahkan siapakah yang bakal menjadi pelakon filem ini, Hollywood Reporter mendedahkan bahawa plot filem ini bakal berlatarkan era 90an. Plot filem yang bakal ditulis oleh Patrick Burleigh akan melibatkan elemen time travel yang mana akan membawa hero kita ke era tersebut. Hero kita pula perlu mencari cara untuk kembali ke era masa kini dan juga menghadapi pelbagai masalah di era tersebut. Buat masa ini, kita masih menunggu siap
Ryan Reynolds Tak Nak Berlakon Bersama Scarlett Johansson Dalam MCU
Umum mengetahui yang Deadpool kini sudah kembali kepada Marvel dan perancangan untuk menggabungkan watak itu dalam filem MCU sudah ada. Ryan Reynolds masih akan memegang watak tersebut dan dikhabarkan juga mahu memegang hak kreatif watak itu sepanjang dia memegang watak tersebut. Dalam satu laporan daripada Wegotthiccovered, Ryan Reynolds tidak mahu untuk bekerjasama dengan pelakon Scarlett Johansson sepanjang watak Deadpool berada dalam MCU. Sumber daripada laman web tersebut mendedahkan yang Ryan Renolds tidak mahu kerjasama itu terjadi kerana mereka pernah berkahwin suatu ketika dahulu. Namun, rasanya hal ini semestinya tidak akan terjadi langsung kerana watak Scarlett Johansson, Black Widow sudah pun mati di dalam filem MCU terdahulu. Jadi, kemungkinan untuk dua watak ini bertemu adalah sangat mustahil kecuali Black Widow dihidupkan semula. Apapun, akan teruja untuk melihat Deadpool bersatu di dalam dunia MCU kelak. Owh, Scarlett Johansson pernah berkahwin dengan Ryan Reynolds p
5 Filem Malaysia Paling 'Panas' Yang Berjaya Ditayangkan [Part 1]
Kita sering mendengar bahawa filem luar seringkali diban kerana unsur-unsur melampau dari pelbagai aspek yang tidak dibolehkan di tayang di Malaysia. Namun, tahukah anda bahawa banyak juga filem Malaysia yang panas dan mempunyai adegan berahi yang ditayangkan di Malaysia? Jika berminat: KETAHUI CARA NAK TRACE AKAUN NETFLIX KORANG DAH KENA HACKED ATAU TAK! Mungkin adegan itu tidaklah sehebat Hollywood. Tetapi, ianya masih menggambarkan bahawa Malaysia juga mahu jadi seperti mereka. Kami sajikan 5 filem yang mempunyai adegan 'panas' yang korang mungkin tak tahu. 1. Spinning Gasing (2001) Filem arahan pengarah Teck Tan ini menampilkan pelakon berbakat Malaysia seperti Allahyarham Hani Mohsin, Ellie Suriati Omar, Rosyam Nor dan Jalaludin Hassan. Filem yang menelan belanja RM2.4 juta ini gagal menyerlah di Malaysia dan hanya memperoleh kutipan sebanyak RM484,450.04 sahaja. Versi asal filem ini diharamkan tayangannya di Malaysia. Namun, pengharaman it