Gal Gadot Takkan Berlakon Dalam Filem Arahan Josh Whedon Selepas 'Justice League'

Pelakon dan juga model dari Israel, Gal Gadot menyatakan bahawa dia tidak akan lagi bekerjasama dengan Josh Whedon selepas kritikan yang berlaku terhadap dirinya. Pelakon yang dikenali selepas melakonkan watak Gisele itu menjadi bualan selepas melakonkan watak Wonder Woman untuk filem-filem superhero DC.



Sebelum ini, Gal Gadot menceritakan bahawa Josh Whedon pernah mengugut untuk merosakkan kerjaya lakonannya di set filem Justice League. Baru-baru ini pula, melalui temubual bersama Vulture, pengarah yang pernah mengarahkan The Avengers itu menolak dakwaan itu dan menyatakan bahawa terdapat masalah komunikasi antara mereka.

I don't threaten people. Who does that? English is not her first language, and I tend to be annoyingly flowery in my speech.

Joh Whedon menyatakan bahawa punca terjadi salah faham itu ialah kerana bahasa utama Gal Gadot bkan bahasa Inggeris. Selepas itu, Gal Gadot terus menyatakan bahawa dia tidak akan bekerjasama lagi dengan Josh Whedon dan menafikan kembali kenyataan Whedon dalam temubual itu.

Setakat ini, tiada laporan tentang kejadian itu yang disaksikan oleh kru dan pelakon lain. Namun, ini sekaligus mengundang masalah antara pengarah itu dan pelakon Gal Gadot di masa hadapan.




LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan