'Eternals' Pecah Rekod Tontonan Pembukaan Terbesar Filem MCU Di Disney+

 Filem Eternals yang ditayangkan di Disney+ bermula 12 Januari 2022 nampaknya sudah menjadi filem dengan tayangan pembukaan terbesar di Disney+ untuk filem-filem MCU. Flem yang menggandingkan pelbagai karakter yang dikenali sebagai Eternals itu adalah satu percaturan dan keberanian terbaru MCU dalam pembikinan filem mereka!



Filem yang penuh kontroversi apabila menampilkan babak sensual dan LGBT pertama seumpamanya dalam MCU ini mencatatkan kutipan pembukaan yang rendah ketika tayangannya di pawagam. Namun, kini nampaknya para penonton bertindak sebaliknya apabila menjadikan filem Eternals sebagai antara filem dengan tontonan paling banyak di Disney+

Menurut data daripada SambaTV, filem Eternals sudah ditonton lebih 2 juta isi rumah dalam lima hari terawal tayangannya. Sebelum ini, rekod tayangan filem dengan tontonan terbanyak bagi kategori MCU dipegang oleh filem SHang-Chi and the Legend of Ten Rings. 

Dengan pandemik yang masih lagi belum reda, pembukaan tayangan Eternals di Disney+ semestinya antara petanda yang menunjukkan para penonton lebih gemar menonton filem di laman penstriman daripada pawagam. 

Apakah nasib filem-filem MCU bagi tahun 2022, kita nantikan. 



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan