Venom Awalnya Dirancang Muncul Dalam Pertarungan Akhir 'Spider-man: No Way Home'

Penulis lakonlayar filem Spider-man: No Way Home mendedahkan yang Venom pada awalnya dirancang untuk muncul dalam pertarungan akhir filem tersebut. Perkara itu didedahkan dalam satu temubual bersama Variety yang mana baru sahaja didedahkan selepas filem tersebut kini sudah mencecah kutipan USD 1 billion.



Menurut Erik Sommers dan Chris McKenna, antara draf awal filem tersebut termasuklah memasukkan pelbagai watak-watak yang ikonik dari komik. Perkara ini termasuklah perancangan untuk memasukkan Venom dalam pertarungan akhir.

Dalam filem Spider-man, Venom muncul di bahagian post kredit filem dan tidak memberi implikasi besar terhadap perkembangan jalan cerita. Jika Venom muncul di bahagian pertarungan akhir, pastinya ianya akan membentuk Sinister Six seperti yang diharapkan oleh para penggemar komik dan MCU.




LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan