Shah Rukh Khan Jadi Ejen RAW Dalam Filem Ketiga Francais 'Tiger'

Selepas filem Ek Tha Tiger dan Tiger Zinda Hai, francais Tiger lakonan Salman Khan akan diteruskan dengan filem ketiga yang kini sedang menjalani penggambaran. Filem aksi ini menambah keunikannya apabila pelakon superstar Bollywood, Shah Rukh Khan akan turut membuat kemunculan.

Menurut laporan media India, Shah Rukh Khan akan memegang watak ejen RAW. RAW ialah singkatan kepada Research and Analysis Wing, sebuah badan penyiasat India yang ditubuhkan pada sekitar 1960an.

Shah Rukh Khan akan menjalani penggambaran selama 12 hari sebelum meneruskan jadual lakonannya dengan filem aksi Pathan yang masih lagi menjalani penggambaran. Penggambaran babak Shah Rukh Khan itu akan dilakukan di Yas Raj STudios di Andheri.

Shah Rukh Khan dan Salman Khan tidak akan bertemu di set penggambaran. Sebaliknya, babak mereka akan digabungkan di dalam proses editing kelak. 



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan