Header Ads Widget

Selepas Ada Isu Dengan Astro First, Kini Filem Aksi Silat 'Syahadan' Bakal Jengah Pawagam

Selepas menghadapi masalah dengan pihak Astro First sekitar September lalu, filem aksi yang menampilkan pesilat negara, Al Jufree bakal ditayangka di pawagan. Berita ini akhirnya menandakan tamatnya kemelut untuk menayangkan filem ini yang cukup panjang. 



Sebelum ini, Suka Filem melapiorkan bahawa antara sebab kenapa filem ini tidak lepas tayangan di Astro First kerana ianya terlalu ganas. 

Pengumuman terbaru tentang filem Syahadan ini dikongsi di laman Facebook pelakon Anuar Abdul Rahman yang merupakan sebahagian daripada pelakon filem berkenaan.

Syahadan merupakan sebuah filem yang memartabatkan seni bela diri silat yang jarang-jarang sekali diterbitkan oleh penerbit filem Malaysia. Pastinya filem sebegini akan memenuhi tuntutan para penggemar filem yang mahukan pembaharuan dalam filem Malaysia.

Filem ini diarahkan dan diterbitkan oleh Datuk Dr. Hj. Muhammad Fairus Hssain, Presiden Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia dan Halim Hassan. 



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Post a Comment

0 Comments