Pengarah Parodi 'Squid Game' Hasilkan Koreografi Aksi Filem Bertemakan Gusti Profesional 'Gila Gusti'!

Pada November 2021 yang lepas, tular sebuah filem pendek berjudul Taruh yang merupakan filem pendek yang diinspirasikan daripada filem Squid Game. Filem Taruh turut menampilkan bekas Menteri Pendidikan Malaysia, Dr Maszlee Malik mencuri tumpuan kerana berjaya memaparkan isu sosial tersendiri. Namun, ada juga yang mencemuh. Situasi itu normal. 

Kini, pengarah filem Taruh, Ayez Shaukat Fonseka kini kembali dengan filem feature bertajuk Gila Gusti. Filem Gila Gusti merupakan sebuah filem bertemakan gusti profesional yang bergenre keluarga aksi komedi. 

Filem yang bakal ditayangkan ini berkisar tentang sebuah keluarga yang terlalu obses dengan sukan hiburan gusti. 

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa selain mengarah, Ayez juga merupakan seorang penggusti. Jadi, semestinya Ayez kelihatan lebih memahami dunianya untuk dipersembahkan di dalam filem ini.

Filem Gila Gusti akan ditayangkan di pawagam bermula 13 Januari 2022. Filem ini diarahkan oleh Silver dan Ayez Shaukat Fonseka terlibat dalam pengarahan aksi filem ini. 

Selain penampilan penggusti profesional, filem ini turut dibintangi Syafie Naswib, Jalaludin Hassan, Pekin dan juga Jalaluddin Hassan. 



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan