Keanu Reeves Sahkan Pertemuan Dengan Kevin Feige Untuk Watak MCU


Pelakon yang terkenal melalui watak John Wick dan juga Neo, Keanu Reeves mendedahkan yang dia ada mengadakan pertemuan dengan penerbit filem MCU, Kevin Feige untuk membincangkan tentang watak di dalam MCU. Perkara itu didedahkan dalam sesi temubual bersama dengan ComicBook.com dalam mempromosikan filem The Matrix Resurrections.


Dalam temubual itu, Keanu Reeves mengesahkan yang perjumpaan itu berlaku sekitar 2019. Namun, setakat ini, tiada keputusan tentang watak yang sesuai dilakonkan dalam dunia MCU. 

We have met, and [Kevin Feige]'s a cool cat. Yeah. But no, we don't have anything, gotta find something. 

Sebelum ini, Keanu Reeves pernah terlibat dalam adaptasi superhero, Constantine pada 2005. 

Dengan jadual Keanu Reeves yang agak padat untuk filem John Wick dan juga beberapa tawaran lain, pastinya agak lama lagi kita terpaksa menunggu untuk kemunculan Keanu Reeves dalam filem MCU.

Keanu Reeves bakal muncul dalam filem The Matrix Resurrection, filem keempat dalam trilogi The Matrix. 



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan