Filem 'Prebet Sapu' Gagal Masuk Top 10 Pencalonan Oscar 2022

Filem Prebet Sapu nampaknya kecundang untuk menempa nama di senarai 10 terakhir pencalonan bagi anugerah berpestij, Oscbagi sesi 2022. Pada November, Finas mengumumkan yang Prebet Sapu dipilih sebagai filem yang akan mewakili Malaysia untuk bertanding di Oscar bagi kategori Filem Asing Terbaik. 


Filem-filem yang berjaya masuk ke dalam pencalonan 10 terakhir Oscar ke 94 yang bakal diadakan kelak ialah filem Great Feedom (Austria), Playground (Belgium), Lunana: A Yak in the Classroom (Bhutan) dan banyak lagi.


Filem Prebet Sapu kini sedang rancak ditayangkan di pawagam Malaysia mulai 16 Disember yang lalu. File mini yang diarahkan oleh Muzammir Rahman merupakan karyanya yang kedua selepas filem Takut Ke Tak? yang ditayangkan pada tahun 2020 yang lalu. 

Prebet Sapu dilakonkan oleh pelakon hebat Amirul Affendi dan Lim Mei Fen. Filem berformat hitam putih ini mengisahkan tentang seorang prebet sapu yang bertemu dengan gadis asing di kota raya Kuala Lumpur. 

Filem ini berjaya menarik lebih 8 ribu penonton sepanjang 5 hari tayangan. Prebet Sapu kini masih boleh ditonton di pawagam berhampiran.

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan