Header Ads Widget

Filem Keempat 'Spider-man' Kini Dalam Proses Perancangan Untuk Dibikin

Penerbit filem MCU, Kevin Feige mengesahkan yang filem keempat Spider-man kini dalam proses perancangan. Kerjasama antara Sony dan Disney nampaknya membuahkan hasil apabila filem Spider-man: No Way Home berjaya mencipta sensasinya yang tersendiri apabila berjaya menggabungkan kesemua filem Spider-man terdahulu dalam satu filem.




Filem Spider-man: No Way Home berjaya mencatatkan kutipan box-office yang memberansangkan dan dikhabarkan sebagai sebuah filem terakhir Spider-man dalam MCU. Namun, kini tidak lagi!

Apabila New York Tmes bertanyakan Kein Feige dan Amy Pascal berkenaan masa depan Spider-man, Amy Pascal di pihak Sony menyatakan hasratnya untuk membikin Spider-man 4. Kevin Feige pula menyatakan yang filem tersebut kini dalam fasa awal perancangan.

Amy and I and Disney and Sony are talking about — yes, we’re actively beginning to develop where the story heads next, which I only say outright because I don’t want fans to go through any separation trauma like what happened after “Far From Home” [the previous Spider-Man movie, in 2019]. That will not be occurring this time.
Khabar angin berkenaan filem keempat Spider-man mula bertiup kencang semenjak November apabila Amy Pascal menyatakan dalam satu temubual tentang hasratnya untuk membina trilogi baru berdasarkan Spider-man versi Tom Holland.


Buat masa ini, tidak dapat dipastikan sama ada filem keempat Spider-man akan diterbitkan dalam masa terdekat. Namun, semestinya dengan kutipan filem No Way Home yang agak memberansangkan, kerjasama Sony dan Disney mungkin akan diteruskan demi keuntungan kedua-dua gergasi dunia filem berkenaan.




LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Post a Comment

0 Comments