Header Ads Widget

Babak Yang Merujuk Kepada Uncle Ben Dipadam Dalam Filem 'Spider-man: Homecoming'

Spider-man: Homecoming merupakan filem pertama yang membawa kembali watak Spider-man ke dalam dunia MCU. Filem solo Spider-man pertama yang merupakan kerjasama Sony dan Marvel ini merupakan kesinambungan daripada kemunculan wataknya dalam filem Captain America: Civil War. 

Dalam ketiga-tiga filem Spider-man versi MCU, watak Uncle Ben tidak pernah ada dan para peminat filem Marvel mengharapkan yang watak Uncle Ben ditampilkan walaupun sedikit. 

Penulis lakonlayar filem Spider-man: Homecoming, Jonathan Goldstein mendedahkan yang dia ada pernah menulis babak yang merujuk kepada Uncle Ben namun dipadam dan tidak difilemkan untuk filem Homecoming. Perkara ini dikongsikan olehnya sendiri di laman Twitter ketika parti tayangan untuk filem berkenaan.

Dalam sesi itu, Jonathan Goldstein tidak pula menjelaskan kenapa babak yang kecil tetapi penting itu dibuang dariada perancangan. Adakah ianya disebabkan babak itu tidak penting dan tidak sesuai? Atau Marvel dan Sony ada perancangan lain untuk penceritaan watak Uncle Ben?

Sehingga filem No Way Home, Uncle Ben tidak pernah muncul dan ianya terus mengubah naratif filem Spider-man. Mungkinkah Uncle Ben tidak akan muncul di dalam MCU sehingga bila-bila?  



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Post a Comment

0 Comments