Syamsul Yusof Kasi Hint Dunia 'KL Gangster' Dan 'KL Gangster: Underworld' Akan Bersatu?

Pengarah filem KL Gangster 3, Syamsul Yusof memberi hint bahawa dua dunia KL Gangster iaitu KL Gangster dan KL Gangster: Underworld akan bergabung dalam filem ketiga nanti. Perkara itu didedahkan apabila soalan daripada pihak moderator, saudara Aswad Jalil dalam sesi Bengkel Persediaan Menjadi Pengarah Tanpa Gagal di laman Instagram Syamsul Yusof dan Wartawan Hiburan.



Walaupun sesi wawancara ini berbicara tentang perkongsian Syamsul Yusof menjadi pengarah dan bagaimana filemnya popular, Aswad Jalil sempat bertanya tentang perkembangan filem KL Gangster 3 yang kini panas. Soalan yang diajukan ialah tentang kontinuiti dunia KL Gangster dan juga KL Gangster Underworld.
@sukafilem

Syamsul dedahkan dunia KL Gangster dan KL Gangster Underworld akan bersatu? ##klgangster ##klgangster3 ##klgangster3thefinale ##klgangsteethefinale

♬ original sound - sukafilem

Kelihatan seperti Syamsul Yusof cuba untuk menyimpan sesuatu yang besar yang akan diumumkan kelak. Tetapi, menurutnya, dia berjanji akan memuaskan penonton dari kedua-dua sisi KL Gangster berkenaan. Adakah Beto Khusyairi dan pelakon dari dunia Underworld lain akan turut terlibat? Ianya masih teka teki buat masa ini.

KL Gangster 3: The Finale akan dihasilkan dalam dua bahagian dan akan menjalani penggambaran mulai 22 Februari 2022. Filem ini bakal berlatarkan masa diantara filem KL Gangster 2 dan KL Gangster. Terdahulu, Syamsul Yusof mendedahkan bahawa filem ini bakal melibatkan perperangan antara mafia antarabangsa. 


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan