Syamsul Yusof Dedah Garis Masa Francais KL Gangster, Filem Ketiga Dibahagikan Kepada Part 1 & 2!

Nampaknya,kejutan demi kejutan terus diberikan oleh pengarah filem Munafik, Syamsul Yusof untuk filem terbarunya, KL Gangster 3. Terkini, Syamsul Yusof memuat naik di laman Instagramnya berkenaan garis masa filem KL Gangster 3 yang mengelirukan para penonton. Apa tidaknya, banyak watak sudah mati di dalam filem KL Gangster sebelum ini.



Di dalam sebuah infografik di Instagram, Syamsul Yusof meletakkan garis masa filem ketiga KL Gangster yang mana akan berlaku diantara filem KL Gangster 2 (2013), dan KL Gangster (2011). Filem KL Gangster 2 merupakan filem prekuel. Jadi tidak hairanlah ianya disusun sebagai filem pertama di dalam francais berkenaan.


Lebih mengejutkan lagi, Syamsul Yusof mengumumkan yang filem KL Gangster 3: The Finale bakal dibahagikan kepada dua bahagian. Ini bermakna bahawa filem terakhir KL Gangster ini akan ditayangkan dalam dua filem dan menjadikan keseluruhan filem dalam francais utama KL Gangster sebanyak 4 filem.

Sudah pastinya para penonton teruja dengan perkembangan filem ini. 




LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan