Syamsul Sahkan Kemunculan Semula Malik Dalam Filem 'KL Gangster: The Finale'

Selepas mengumumkan sinopsis dan kemudiannya garis masa filem KL Gangster, kini Syamsul Yusof sedikit demi sedikit memperkenalkan pelakon yang akan kembali dalam filem KL Gangster: The Finale. Sebelum ini, Syamsul Yusof mengesahkan yang watak Jai lakonan Dato Adi Putra akan combeback, kini watak Malik pula disahkan akan kembali dalam filem tersebut. 

Perkara itu didedahkan pelakon Aazon Aziz sendiri di laman Instagramnya. Menurutnya, rumahnya telah diterjah oleh pengarah Syamsul Yusof untuk sesi perbincangan filem berkenaan.




Rata-rata peminat menyambut baik kemunculan Aaron Aziz yang memegang watak utama dalam filem ini. Namun, ramai peminat mempersoalkan bagaimana Malik akan diceritakan di dalam filem ini kerana ketika kejadian filem KL Gangster: The Finale, Malik masih berada di penjara akibat dari insiden dalam filem KL Gangster 2!

Filem KL Gangster 3 juga akan turut memberi kejutan dengan menggabungkan filem KL Gangster dengan siri KL Gangster: Underworld yang ditayangkan di Iflix. Buat masa ini, tiada pengumuman tentang watak mana dari siri itu yang akan muncul dalam filem KL Gangster 3 yang akan dibikin dalam dua bahagian itu.

KL Gangster 3 akan menjalani penggambaran mulai 22 Februari 2022.  



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan