Sony Picture Brazil Kantoi Gagal Sembunyikan Superhero Misteri Dalam Trailer Terbaru 'Spider-man: No Way Home'

Hari ini, trailer Spider-man: No Way Home sudah dikeluarkan oleh Sony Pictures. Rata-rata kecewa apabila tiada kelibat Spider-man versi Andrew Garfield dan juga Tobey Macguire dalam trailer yang berdurasi 3 minit berkenaan. 



Hal lain berlaku di Brazil apabila pihak Sony Pictures Brazil nampaknya memuat naik trailer berbeza yang menimbulkan tanda tanya yang cukup besar. Siapa yang tumbuk The Lizzard?


Jika anda lihat di saat ke 53, ada watak The Lizard melompat ke arah Spider-man. Selepas beberapa ketika, leher The Lizard seakan ditumbuk oleh sesuatu. Menjadi persoalannya sekarang, adakah Sony Pictures kantoi dan gagal menyembunyikan adanya Spider-man lain dalam babak berkenaan tetapi dihilangkan demi promosi.

Babak tersebut tidak dapat dilihat dalam trailer biasa kerana ianya berjaya scene leher terkehel The Lizard dipotong daripada trailer berkenaan. 



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan