'Siapa Tutup Lampu?' Adaptasi Pementasan Teater Yang Banyak Menang Anugerah!

Filem pertama arahan Aliff Ihsan Rahman, Siapa Tutup Lampu? bakal ditayangkan di Astro First mulai 25 November. Filem yang membariskan pelakon hebat seperti Naim Daniel, Uyaina Arshad, Azizul Amar dan banyak lagi ini pertamakalinya memperkenalkan genre persahabatan dan thriller. Konsep ini mungkin agak asing bagi perfileman Malaysia namun bukanlah luar biasa di Hollywood.

Antara filem friendship thriller dari Hollywood ialah It, The Maze Runner, The Ruins dan banyak lagi.

Siapa Tutup Lampu? sudah mendapat hak pengedaran luar negara dan ditukar tajuk kepada Lights Out! Hebat kan? Sememangnya kualiti Siapa Tutup Lampu? tidak dapat dinafikan agak baik kerana ianya merupakan adaptasi daripada karya pementasan teater yang memenangi pelbagai anugerah tulisan Azhar Jalil.

Filem Siapa Tutup Lampu? diterbitkan oleh Horizon Film Entertainment dan Articulate Fusions Productions Malaysia. Ianya pada asalnya dirancang untuk tayangan pawagam namun terpaksa dibatalkan kerana kekangan pandemik.

Filem ini mengisahkan lima sekawan iaitu Akmal, Arif, Aryana, Azie dan Amir yang terlibat dalam kemalangan ketika dalam perjalanan untuk bercuti di Genting Highland.

 

Amir terbunuh dalam kemalangan itu. Ketika mayat Amir di rumah mayat, keempat-empat sahabat terpaksa hadir untuk pengecaman mangsa. 

Malangnya, mereka terkunci dalam rumah mayat itu dan digangu pelbagai perkara misteri. Apakah perkara yang mengganggu mereka? Semuanya terjawab dalam Siapa Tutup Lampu?


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan