Sherlock Holmes Tak Cipta Watak Enola Holmes! Jadi, Siapa Penciptanya?

Pada 2020, Netflix menerbitkan filem Enola Holmes lakonan Millie Bobby Brown. Filem yang menampilkan watak wanita pertama dalam siri filem Sherlock Holmes (yang sudah beberapa kali diadaptasi) memang membangkitkan persoalan; adakah ada Enola Holmes dalam buku asal. Jawapannya, tidak. Watak Enola Holmes tidak dicipta oleh Sherlock Holmes. Malah, dalam novel asal Sherlock Holmes, hanya ada watak-watak penyiasat lelaki sahaja. 



Enola Holmes sebenarnya ialah kesan daripada pelepasan hakcipta karya Sherlock Holmes. Jika kita lihat sekarang, ramai pengkarya bebas menggunakan watak Sherlock Holmes dengan pelbagai penambahan karakter kerana hakcipta Sherlock Holmes sudah lama tidak dimiliki oleh penulis asalnya, Arthur Conan Doyle. 

Pada 2006, penulis Nancy Springer, yang merupakan seorang novelis mencipta watak Enola Holmes dalam universe Sherlock Holmes. Watak itu dikembangkan melalui enam buah karya bermula pada 2006 dengan tajuk The Case of the Missing Marquess sehingga 2010 dengan tajuk The Case of the Gypsy Goodbye. 


Dalam karya-karya Nancy Springer, ada diperjelaskan kenapa Enola Holmes tidak pernah wujud dalam mana mana penyiasatan Sherlock Holmes yang lepas. Satu sebabnya ialah kerana sikap anti wanita dalam kerjaya dunia penyiasatan di era 1890an. 

Enola Holmes boleh ditonton di Netflix.


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan