Salman Khan Mengaku Dia Berpegang Pada Agama Hindu Dan Islam

Pelakon Salman Khan sememangnya tidak dinafikan hebat dan cukup terkenal. Bakatnya melalui filem-filem seperti Hum Saath Saath Hain, Wanted dan banyak lagi menjadi bualan sehingga kini. Namun, ramai yang menyangka pelakon ini sebenarnya seorang Muslim sepenuhnya. Jawapannya, tidak. Pelakon ini bukanlah Muslim sahaja tetapi turut menganggap dirinya seorang Hindu.


Menurut laman BeautifulNara, pelakon ini sudah lama membuat pengakuan yang dia memegang kepada dua agama. Perihal ini telah mengundang banyak kontrovesi tentang agamanya dan ramai yang menganggap sikap Salman Khan seakan-akan menduakan Tuhan.

Salman Khan dibesarkan dalam keluarga dimana ayahnya ialah seorang Muslim dan ibunya seorang Hindu. Maka, ketika dia sudah dewasa, dia memilih untuk memegang dua-dua agamanya sekaligus. 

Status agama Salman Khan didedahkan pada 2017 ketika Salman Khan dituduh membunuh dua ekor antelop ketika penggambaran filem Hum Saath Saath Hain pada 19987. Dia lalu dituduh di mahkamah di bawah Akta Hidupan Liar. 

Dalam kenyataan mahkamah, dia menyebut bahawa dia ialah Hindu dan Islam serentak dan mengaku tidak bersalah melakukan pembunuhan haiwan liar tersebut. 


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan