Netflix Bakal Terbitkan Filem Adaptasi Filem Korea 'Time To Hunt'

Netflix dilaporkan akan menerbitkan filem adaptasi kepada filem Korea, Time To Hunt yang merupakan sebuah filem Korea yang dibeli hak pengedarannya dan kini ditayangkan di platform penstriman tersebut. Filem Time To Hunt yang diarahkan oleh Yoon Sung-hyun sebelum ini telah ditayangkan buat pertamakalinya pada Festival Filem Berlin ke 70 pada tahun 2020.

Filem itu sepatutnya mendapat tayangan pawagam pada tahun 2020 namun tergendala disebabkan kekangan pandemik. Hal ini menyebabkan Netflix membeli hak pengedaran filem tersebut dan ianya mendapat sambutan hangat ketika ianya ditayangkan di Netflix.

Time To Hunt mengisahkan empat orang lelaki yang mana cuba untuk merompak sejumlah wang di sebuah pusat perjudian. 

Menurut Deadline, pengarah yang diberi tanggungjawab untuk mengarahkan adaptasi filem ini untuk Netflix ialah Adam Randall. Pengarah ini sebelum ini pernah berkolaborasi dengan Netflix melalui naskah iBoy dan juga Night Teeth. Buat masa ini, tiada tarikh tayangan untuk filem ini.

Ini merupakan kali pertama Netflix mengadaptasi karya Asia ke Hollywood untuk laman ppenstrimannya. Sebelum ini, Netflix lebih kepada mendapatkan filem luar Hollywood dan menjadi antara penstriman yang memperkenalkan filem dan siri dari luar sehingga menjadi terkenal.

Siri-siri seperti Squid Game, Alice in Borderland dan Dark antara naskah luar Hollywood yang berjaya di Netflix.



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan