Maya Karin Hampir Sertai Pelakon 'Crazy Rich Asian' Tetapi Terpaksa Batal Hasrat!

Sebelum ini, pelakon yang terkenal dengan filem Pontianak Harum Sundal Malam mengakui yang dia terlibat dalam filem Entrapment, sebuah filem tahun 1997 di samping Sean Connery dan Catherine Zeta-Jone. Walaupun filem itu sudah lama, rata rata penonton memuji sikapnya yang bersahaja menerima tawaran walaupun hanya sebagai ekstra.


Dalam satu sesi perkongsian Instagram Live melalui akaun Instagram Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM), dia membuka cerita dimana dia terlibat dalam ujibakat filem Crazy Rich Asian.

Namun, ketika ujibakat, dia diserang gangguan psikologi yang teruk dan kemudiannya menyebabkan dia terlepas peluang tersebut.

Penyakit gangguan psikologi atau anxiety ini sudah dihidapinya semenjak tujuh tahun lalu dan ianya mungkin berpunca dari kesibukannya bekerja. 

Crazy Rich Asian ialah sebuah filem Hollywood yang menampilkan pelakon Asia dari pelbagai negara termasuk Malaysia. Pelakon Henry Golding membuat penampilannya di dalam filem tersebut di samping beberapa pelakon hebat dari China dan juga Singapura.

Filem itu diarahkan oleh John Chu dan turut menjalani penggambaran di Malaysia. 


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan