Maya Karin Dibayar USD500 Untuk Jadi Pelakon Extra Filem Hollywood 'Entrapment' Di Usia 17 Tahun

Pelakon Pontianak Harum Sundal Malam ini semestinya tidak asing lagi di kalangan peminat filem dan drama tempatan. Pelakon yang berdarah kacukan ini sebenarnya sudah menempa nama apabila pernah terlibat dalam sebuah filem Hollywood pada tahun 2020 yang bertajuk Alone. Filem tersebut menampilkan wataknya sebagai seorang doktor dalam satu babak filem berkenaan.

Tapi, ramai yang tidak tahu yang Maya Karin sudah pun berlakon Hollywood semenjak umur 17 tahun lagi. Netizen berkongsi sebuah filem Hollywood terbitan tahun 1997 yang diberi tajuk Entrapment dan tekejut mendapati adanya wajah seakan-akan Maya Karin di dalam filem tersebut.


Menurut laporan NST, Maya Karin mengesahkan yang itu sememangnya dia. Dia turut mendedahkan bahawa dia hanya menerima bayaran USD500 (sekitar RM2000) untuk satu babak kecil tersebut. 

Entrapment merupakan sebuah filem kontroversi yang dilakonkan oleh Sean COnnery dan Catherine Zeta-Jones. Filem ini menjalani penggambaran di Malaysia. Ketika tayangan filem ini, paparan KLCC yang digabungkan dengan lokasi setinggan menyebabkan filem ini mendapat perhatian Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mengkritik paparan tidak enak tersebut.

Namun, kini, filem ini sudah boleh dilayan di Netflix. 



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan