Header Ads Widget

Marvel Sebenarnya Mahukan 12 Eternals Diperkenal Dalam Filem 'Eternals'

Filem Eternals memperkenalkan 10 superhero baru dalam dunia MCU. Namun, menurut pengarah filem Eternals, Chloe Zhao, sebenarnya perancangan asal Marvel ialah untuk memasukkan 12 watak superhero dalam filem ini.

Perkara itu didedahkan ketika temubual Chloe Zhao bersama Fandom. Menurutnya, ketika pertamakali bertemu Marvel, pihak Marvel berkeinginan untuk memasukkan 12 Eternals. Namun, selepas persiapan dilakkan, dua watak dilepaskan dan tinggallah 10 seperti yang disaksikan dalam Eternals.

10 Eternals yang berjaya masuk ke filem ialah Thena (Angelina Jolie), Ikaris (Richard Madden), Ajak (Salma Hayek), Kingo (Kumail Nanjiani), Makkari (Lauren Ridloff), Gilgamesh (Don Lee), Sersi (Gemma Chan), Sprite (Lia McHugh), Phastos (Brian Tyree Henry) dan Druig (Barry Keoghan).


Dalam temubual itu, Zhao tidak mendedahkan siapakah dua Eternals yang disingkirkan. Namun, rasanya pemilihan untuk memperkenalkan 10 watak berbanding 12 watak ialah suatu langkah yang bijak. Semestinya Zhao sudah memikirkan screentime setiap watak yang perlu diambil kira.



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Post a Comment

0 Comments