Jurugambar 'KL Gangster' Dedah Foto Rosyam Nor Mirip 'Agent 47'

KL Gangster 2 yang diterbitkan pada 2013 semestinya akan dikenang sebagai filem aksi yang cukup mantap dan gah ketika eranya. Filem yang merupakan prekuel kepada filem pertama yang diterbitkan pada 2011 itu turut menampilkan watak antagonis kejam, Tailong yang tidak mengenal batas adab dan susila. Pastinya mengingati adegan tora tora dalam filem ni akan buat kita rasa sakit hati.



Selepas lebih 8 tahun filem itu berlalu, jurugambar set penggambaran filem melalui akaun Instagram TheHitman Nazri berkongsi sebuah gambar Rosyam Nor yang memegang dua pistol dalam keadaan silang. Sekilas pandang, pose ini mengingatkan kita dengan watak Agent 47 dari permainan video Hitman.


 Tailong ialah watak yang cukup ikonik dalam francais itu disamping Shark, Malek dan Jai. Malah, ada ura-ura menyatakan bahawa pihak Skop Production pada suatu ketika pernah berniat untuk membikin sebuah siri spin-off untuk watak tersebut. Namun, ianya senyap sepi sampai ke hari ini.

Syamsul Yusof akan tampil dengan filem KL Gangster 3 yang akan mulakan penggambaran tak lama lagi. Harapnya penjahat dalam filem tersebut dapat menandingi kehebatan Tailong yang sememangnya tiada tolok bandingnya. 



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan