Filem Seleksi Oscar Dari Anak Didik Pengarah A Razak Mohaideen, 'Prebet Sapu' Bakal Menemui Anda!

Mungkin ramai yang sudah tahu bahawa Malaysia memilih filem Prebet Sapu a.k.a Hail, Driver! sebagai calon untuk bertanding di Oscar kali ini. Filem yang menampilkan Amerul Affendi dan Mei Fen Lim sebagai pelakon utama ini berkisar tentang teksi e-hailing haram. Filem ini turut dimeriahkan dengan penampilan Bront Palarae, Sharifah Amani, Nam Ron dan ramai lagi.

Filem ini diarahkan oleh Muzammer Rahman yang juga pernah menjadi pelajar kepada pengarah filem hebat, A Razak Mohaideen ketika di UiTM. Sebelum ini, Muzammer Rahman pernah hadir dengan filem seram komedi, Takut Ke Tak? pada tahun lepas. 

Para penonton Malaysia berpeluang menonton filem ini mulai 2 Disember ini apabila ianya akan ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia buat pertamakalinya. 

Pastinya karya ini akan memberikan sesuatu yang agak menarik seperti filem Roh pada tahun 2019 yang turut terpilih sebagai calon Oscar pada tahun 2020. 

Prebet Sapu sebelum ini pernah ditayangkan di pelbagai festival filem di luar negara sebelum ianya kembali ke tanahair untuk ditonton peminat filem tanah air. 



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan