Filem '35MM' Arahan Syahmi Syazli Bakal Papar Empat Zaman Lampau

Beberapa minggu lalu, pengarah Sahmi Syazli mengumumkan yang dia akan hadir dengan filem terbaru. Filem tersebut bakal memaparkan elemen time travel, satu percubaan berani daripada pengarah Drama Spontan berkenaan. Filem yang diberi tajuk 35MM ini turut bakal memaparkan empat zaman berbeza yang akan dilalui watak utamanya, Yoe dan Asif.



Menurut Syahmi Syazli yang mendedahkan sedikit berkenaan sinopsis filem tersebut di laman Telegramnya, Syahmi Syazli Team, filem ini mengisahkan Asif dan Yoe yang tersesat dalam beberapa zaman lampau.

Zaman-zaman tersebut ialah Zaman Dinasti Cina, Zaman Pemerintahan Jepun, Zaman Pemerintahan British dan Zaman 90an.

Nampaknya, filem ini nampaknya akan mempunyai penceritaan yang lebih luar biasa berbanding filem pertamanya, Mael Totey The Movie. Naskah 35MM bukanlah karya yang diadaptasi daripada filem Youtubenya sebaliknya filem baru dan idea segar.


Syahmi Syazli juga turut menyatakan yang dia juga akan terlibat sebagai pelakon dalam filem ini disamping pelakon-pelakon Drama Spontan yang lain. Malah, pelakon hebat yang pernah menjadi villain dalam Polis Evo, Husairi Hussain juga akan turut terlibat dalam filem ini. 

Fillem 35MM bakal menjalani penggambaran bermula 10 Disember 2021 di Pulau Pinang. Ianya akan ditayangkan di Astro First pada bulan Mac 2022.



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan