Dwayne Johnson Yakin Mampu Bikin Filem Crossover DC/Marvel

Pelakon sasa, Dwayne Johnson yang bakal tampil dengan filem Black Adam yakin bahawa dia mampu untuk menyatukan dua universe filem iaitu DC dan Marvel. Nampak macam mustahil tetapi itulah yang dikatakan oleh Dwayne Johnson dalam temubual ketika mempromosikan filem terbarunya, Red Notice.



Black Adam merupakan filem pertama Dwayne Johnson dalam genre superhero. Dwayne Johnson malah turut juga menyuarakan bahawa akan ada crossover antara watak Wonder Woman dan Black Adam di masa hadapan. 

I think there’s a crossover with Black Adam, Wonder Woman. What we were just talking about today was, I turned to Ryan and Gal and I said, there should be a crossover Marvel and DC Universe. We can be the ones to possibly make it happen. So we’ll see, we’ll see what happens down the road.
Semestinya gabungan DC dan Marvel agak mustahil utuk direalisasikan. Namun, ramai yang mungkin tidak tahu bahawa Marvel dan DC pernah bergabung mencipta beberapa filem seperti X-men dan Teen Titans pada tahun 1982. Malah, Terdapat juga Spiderman dan Superman crossover pada 1996. Malah, Sekitar 1940an, Avengers pernah bergabung dengan Justice League selain Batman dan Captain America dalam filem sama!

Namun, dua dunia sinematik ini mempunyai peminat yang berbeza. Jika gabungan Marvel dan DC berlaku, adakah akan wujud gabungan peminat dari dua filem yang akan menaikkan kutipan filem tersebut nanti?

Harap Dwayne Johnson dapat kotakan janjinya untuk gabungkan dua universe ini kelak. 


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan