Dwayne Johnson Nak Jadi Pelakon 007 Selepas Daniel Craig

Pelakon berbadan sasa, Dwayne Johnson menyatakan dia akan mengambil tawaran jika ada yang menawarkannya untuk menjadi pelakon watak James Bond di masa hadapan. Menurutnya, dia mahu mengikut jejak datuknya, Peter Maiva yang pernah terlibat dalam filem James Bond bertajuk You Only Live Twice sebagai antagonis.



Perkara ini didedahkan oleh Dwayne Johnson dalam satu temubual bersama Esquire.

Yes, my grandfather was a Bond villain in You Only Live Twice with Sean Connery. Very, very cool,” he began. I would like to follow in his footsteps and be the next Bond. I don’t want to be a villain. Gotta be Bond.

 Jika Dwayne Johnson menjadi pelakon James Bond seterusnya, pasti akan rosak elemen spy dalam filem tersebut. Namun, mungkin dengan filem tersebut juga, kita akan dapat melihat sisi lain Dwayne Johnson sebagai seorang spy.

Buat masa ini, Dwayne Johnson hadir dengan filem Red Notice di Netflix. Dia juga akan terlibat dengan filem DC pertamanya, Black Adam yang akan menemui penonton tak lama lagi. 



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan