Dua Filem Seram Back To Back Karya Pengarah Pantai Timur Akan Menemui Korang!

Nampaknya, kebangkitan pengarah dari Pantai Timur semakin menjadi-jadi. Selepas kejayaan filem Mael Totey The Movie arahan Syahmi Syazli, muncul pula Khaenak: Serangan Pocong yang juga diarahkan oleh pengarah dari Kelantan, Emma Kasmuri. Kini, muncul pula dua filem seram yang membuka mata kehebatan pengarah dari Pantai Timur.



Think Media akan menganjrkan satu event yang dikenali sebagai Tayangan Double Seram yang menampilkan dua filem pendek bergenre seram yang bertajuk Melukis Sepi dan The Light. Tayangan ini akan berlangsung di Studio Asterik Anak Seni yang bertempat di Petaling Jaya, Selangor.

Kedua dua filem ini diarahkan oleh Helmi Yusof yang berasal dari Besut, Terengganu dari skrip tulisan Deli Saha yang berasal dari Kelantan. 

Tayangan akan berlangsung selama 3 hari iaitu pada 10 Disember, (9 malam) 11 Disember (3 petang dan 9 malam) dan juga 12 Disember (3 petang dan 9 malam).

Tiket masuk berharga RM20 boleh dibeli dengan menghubungi saudara Deli Saha di 0169629923!



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan