'Dendam Penunggu', Naskah Original Pertama Dari Aplikasi Tonton Cinema

Tonton Cinema menampilkan filem sulung mereka, Dendam Penunggu yang merupakan sebuah filem yang menampilkan barisan pelakon muda dan berbakat besar. Filem Dendam Penunggu ialah sebuah filem bergenre seram.

Dendam Penunggu ialah sebuah filem arahan Faizul Jais. Ianya mengisahkan tentang lima orang pelajar baharu di Kolej Kebangsaan Malaya yang menemui rahsia hitam di blok penginapan mereka.

Selepas itu, pelbagai gangguan turut dialami setiap daripada mereka sehinggakan ada rahsia yang akhirnya terungkai di akhir filem. 

Filem ini turut menampilkan lagi Sengsara nyanyian Khai Bahar yang dihasilkan oleh John Jeeves, Firdaus Rahmat dan Omar K sebagai OST filem.

 

Filem ini dibintangi oleh smail Izzani, Shalma Eliana, Bella Dowanna, Imran Aqil, Atiq Azman, Hakim Nordin, Ahmad Syafiq, Ahmad Adly, Shasha Abedul, Sherry Al-Hadad, Hasnul Rahmat dan Amerul Affendi.

Dendam Penunggu boleh dilanggan di Tonton CInema dengan harga RM12.90 untuk tontonan 48 jam.



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan