Header Ads Widget

Amerul Affendi Harap 'Prebet Sapu' Dapat Ubah Persepsi Stesen TV Berkehendak Pelakon 1 Juta Follower

Pelakon filem Amerul Affendi berharap bahawa filem terbaru lakonannya, Prebet Sapu yang bakal ditayangkan di pawagam Malaysia mulai 16 Disember nanti mampu untuk mengubah persepsi stesen tv yang berkehendakkan pelakon dengan 1 juta follower di media sosial. Isu pelakon 1 juta follower ini viral beberapa minggu ini rentetan dari suara para artis yang tidak bersetuju.



Prebet Sapu merupakan filem yang sudah menjadi pilihan Malaysia untuk dibawa bertanding di Oscar. Dengan pelakon yang rata-rata tidaklah terlalu aktif di media sosial, filem ini membuktikan bahawa pengikut di media sosial bukanlah kayu ukur bakat sesuatu lakonan di dalam filem atau drama.

Perkara ini diluahkan pelakon yang merupakan usahawan tani ini di Instagramnya. 


Filem Prebet Sapu ini dihasilkan dalam format yang jarang dihasilkan pembikin tempatan iaitu dalam format hitam putih. Filem ini menggandingkan Amerul Affendi dengan Lim Mei Fen dan berkisar tentang teksi sapu. Filem ini sebelum ini sudah menjelajah ke pelbagai festival filem di seluruh dunia sebelum kembali untuk ke tanah air untuk hidangan mata penonton Malaysia.

Bakal ditayangkan mulai 16 Disember, Prebet Sapu diarahkan oleh Muzammer Rahman yang juga merupakan anak didik kepada pengarah terkenal, Prof A Razak Mohaideen



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Post a Comment

0 Comments