Header Ads Widget

Tiada Istilah 'Bond Girls' Dalam Filem James Bond Daniel Craig

Daniel Craig telah memberikan pendapatnya berkenaan elemen paling penting filem James Bond iaitu gadis Bond. Semenjak filem Dr. No yang diterbitkan pada 1962, gadis Bond ialah antara ciri-ciri filem James Bond yang dinantikan. Karakter seperti Pussy Galore, Honey Ryder antaranya yang cukup ikonik dengan elemen gadis Bond.

Dalam kebanyakan filem James Bond lakonan Daniel Craig, watak wanita digambarkan dengan lebih banyak kepelbagaian. Kita diperlihatkan dengan Judi Dench memegang watak M. Malah, dalam beberapa filem terbaru, watak gadis Bond seakan-akan tidak lagi sesuai untuk digunakan. 

Dalam satu temubual bersama Entertainment Weekly, Daniel Craig bercakap tentang gadis Bond. Menurutnya, tiada lagi gadis Bond dalam filem-filem James Bond lakonannya. 

No more Bond girls. They don’t exist anymore. They may exist again, but not in my movies.

Mungkin bagi penggemar filem James Bond klasik, watak gadis Bond semestinya antara perkara yang memeriahkan filem James Bond selain daripada gajet unik. Namun, semestinya jika fokus James Bond ialah pada eksploitasi wanita semata-mata, semestinya francais ini tidak akan berkembang dengan baik.

No Time To Die merupakan filem James Bond terakhir lakonan Daniel Craig.  



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Post a Comment

0 Comments