Syahmi Syazli Arah Filem Kedua Bertema Rentas Masa

Mael Totey The Movie berjaya melonjakkan nama pengarah muda, Syahmi Syazli. Terbaru, pengarah yang turut terlibat dalam filem Syif Malam Raya itu akan hadir dengan filem terbarunya yang masih tidak didedahkan tajuknya. 




Setakat ini, menurut info dari Instagram Syahmi Syazli sendiri, filem yang bakal diarahkan bakal menggunakan konsep rentas masa (time travel). Idea yang kelihatan cukup menarik dan mencabar untuk dihasilkan. 

Menurut Syahmi Syazli sendiri, filem ini akan menampilkan wataknya, Asif dan Yoe yang akan merentas masa ke pelbagai zaman.

Filem ini akan menggunakan 50% CGI dan sudah tentu ianya akan menarik untuk ditonton kelak. Malah, di dalam perkongsian di laman Instagram, Syahmi Syazli turut menunjukkan treatment filem berkenaan yang akan turut menampilkan watak-watak lanun ala-ala Pirates of the Caribbean.

Semestinya buah tangan terbaru Syahmi Syazli ini ditunggu-tunggu semua. Sebelum ini, filem Mael Totey The Movie arahannya berjaya mendapat kutipan yang memberansangkan apabila ditayangkan di Astro First. Malah, selepas setahun, filem tersebut ditayangkan semula dalam versi Extended atas permintaan peminat di laman Youtubenya.

Buat masa ini, tarikh tayangan filem terbaru Syahmi Syazli tidak diketahui. 






LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan