Ramai Tak Tahu Watak Rambo Pada Asalnya Lebih Psiko Dan Ganas Daripada Versi Filem!

Siapa tak kenal watak Rambo yang dilakonkan oleh Sylvester Stallone. Watak ikonik yang kini dikembangkan dengan francais besar Rambo bermula dengan filem pertamanya, First Blood. Filem tersebut diarahkan oleh Ted Kotcheff dan lakonlayarnya ditulis oleh Sylvester Stalone yang mana turut berlakon filem ini.



Mungkin ramai yang sudah lupa bahawa First Blood asalnya ialah sebuah novel tulisan David Morrell yang mana sudah cuba difilemkan semenjak awal penerbitan karya tersebut pada 1972. Malah, watak Rambo pada asalnya lebih mempunyai background yang hitam. Diceritakan bahawa keluarganya sangat miskin dan ibunya meninggal dunia ketika dia kecil manakala ayahnya pula ialah alkoholik.

Malah, di dalam novel-novelnya, watak Rambo bukanlah watak prontagonis tetapi lebih kepada watak antagonis. Di dalam novel, watak Rambo lebih ganas dimana dia digambarkan membunuh orang-orang awam. 

Di dalam versi filem, Rambo ialah seorang bekas tentera yang pernah berkhidmat di Vietnam yang terpaksa berhadapan dengan pelbagai ancaman ganas selepas menjadi orang dikehendaki oleh polis dan kerajaan di sebuah pekan kecil bernama Hope, Washington.

Versi filem juga nampak lebih menampilkan Rambo dalam watak yang lebih baik dan hampir kepada imaginasi watak seorang hero. Tidak hairanlah jika watak ini menjadi watak yang lebih digemari sepanjang zaman. Jika adaptasi mengikut seratus peratus versi novel, pastinya watak John Rambo tidak akan megah seperti sekarang.

Setakat ini, Rambo sudah mempunyai lima filem iaitu First Blood (1982), First Blood Part 2 (1985), Rambo 3 (1988), Rambo (2008) dan Rambo: Last Blood (2019)




LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan