Pengarah 'Squid Game' Dedah Idea Dan Perancangan Untuk Bikin Musim Kedua

Squid Game kini menjadi antara siri yang cukup terkenal di laman penstriman Netflix. Semestinya, disebabkan hal ini, Netflix pastinya akan mengambil kira untuk menerbitkan musim kedua. Namun, menurut pengarah dan penulis lakon layar siri ini, Hwang Dong-hyuk, dia sendiri tidak ada idea dan perancangan jelas untuk musim kedua.

Perkara ini didedahkan dalam satu temubual bersama The Times. Dia sempat berkongsi idea ringkas untuk musim kedua Squid Game namun, ianya masih samar-samar.

If I do get to do one — one would be the story of the Frontman [a former cop who now oversees the game]. I think the issue with police officers is not just an issue in Korea. I see it on the global news. This was an issue that I wanted to raise. Maybe in season two I can talk about this more.

Siri Squid Game mencetuskan polemik yang cukup sensasi dari agamawan dan juga peminat biasa. Namun, dari satu sudut, siri ini semestinya mempunyai cara yang cukup baik tentang eksploitasi golongan bawahan, isu global dan juga pelbagai lagi.

Netflix sebenarnya tidak pernah menyangkakan yang siri ini akan viral. Semestinya, jika ada musim kedua, ianya mampu mencetuskan trend baru selepas berakhirnya musim Money Heist.  



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan