Pelakon 'Squid Game' Buka Instagram, Dapat 800 Ribu Follower Dalam Masa 48 Jam

Squid Game kini menjadi antara siri Netflix dari Korea yang cukup dikenali di seluruh dunia. Siri yang mempunyai 9 episod itu mengisahkan tentang sekumpulan manusia yang dibawa ke sebuah pulau untuk bermain permainan kanak-kanak dalam versi yang menakutkan dan membawa maut.


Rata-rata pelakon dalam siri ini semestinya tidak pernah dikenali bagi siapa yang tidak pernah menonton drama Korea. Namun, Squid Game telah melonjak populariti beberapa pelakon yang memang tidak mempunyai Instagram sebelum ini.

Park Hae Soo, pelakon watak nombor 218 dalam siri tersebut telah membuka akaun Instagram dua hari lalu dan berjaya meraih lebih 816 ribu ahli dalam masa 48 jam akaun tersebut diaktifkan. 

Hae Soo antara pelakon Squid Game yang mengikut jejak rakannya, Lee Jung Jae, peserta nombor 256 dalam dunia media sosial. 

Ternyata, pengikut Instagram bukanlah menjadi ukuran kepada populariti dan bakat seseorang. Squid Game kini sudah boleh ditonton di Netflix. Ianya untuk tontonan dewasa sahaja. 


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan