Header Ads Widget

Netflix Edit Semula Babak Kontroversi Dalam Siri 'Squid Game'

Netflix akan meminda babak yang menjadi kontroversi dalam siri Korea, Squid Game berikutan kontroversi melanda. Babak yang melibatkan satu nombor telefon yang memang wujud di dunia nyata menyebabkan pemilik nombor telefon tersebut mendapat panggilan yang agak banyak daripada peminat. 



Squid Game ialah sebuah siri yang mana mengisahkan tentang sekumpulan pemain yang bermain permainan kanak-kanak demi untuk mengejar sejumlah wang yang banyak. Pemain yang gagal akan dibunuh dan setiap kematian akan membawa kepada penambahan kepada wang kemenangan. 

Dalam episod pertama siri Squid Game, terdapat babak yang menunjukkan nombor telefon sebenar. Pada awalnya, para peminat tidak menyedari bahawa nombor telefon itu memang wujud. Selepas para peminat menyedari nombor tersebut ialah nombor telefon sebenar, kini, pemilik nombor telefon itu dihujani panggilan. 

Netflix akhirnya bertindak untuk meminda babak tersebut selepas Badan Komunikasi UK, Ofcom menghubungi Netflix untuk memohon meminda babak berkenaan bagi mengelakkan kontrtoversi. 

Menurut Netflix berdasarkan laporan The Independent:
Together with the production company, we are working to resolve this matter, including editing scenes with phone numbers where necessary

Squid Game mencetuskan pelbagai kontrtoversi sebelum ni. Sebelum ini, pihak pembekal internet dari Korea Selatan menyaman Netflix kerana menyebabkan trafik internet sesak. Tindakan itu dilakukan kerana Netflix antara syarikat penstriman terbesar di Korea Selatan yang dikecualikan dari membayar caj penggunaan rangkaian di negara tersebut. 



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Post a Comment

0 Comments