Michael Bay Kembali Arah 'Transformers: Age of Extinction' Lepas Lawat Universal Studios Hollywood!



Pengarah filem Michael Bay sebenarnya sudah menamatkan kerjaya untuk mengarahkan filem Transformers selepas filem Dark of the Moon (2011). Filem tersebut merupakan pelengkap trilogi Transformers dengan watak manusia Sam Witchwicky yang cukup ikonik dalam francais berkenaan.



Filem keempat Transformers iaitu Transformers: Dark of the Moon merupakan buah tangan keempat dari pengarah filem berkenaan. Dalam satu temubual ketika mempromosikan filem Pain & Gain pada 2012, pengarah tersebut bercerita kenapa dia kembali mengarahkan filem keempat walaupun mendapat kecaman peminat Transformers.

Menurutnya, dia terfikir untuk mengarahkan filem keempat selepas melawat taman tema Universal Studios Hollywood. 

I thought I was done. Then the ride came out [at Universal Studios Hollywood] and the two-and-a-half-hour lines. And then you're thinking, Oh my God, someone's going to take this over. And you start doing a lot of soul-searching. Like, OK, I'm about to do a little movie, Pain & Gain ... and the studio says they want to restart the franchise. And someone could come in here and screw it up, you know? So I'm thinking that if I do this last one, we set it on a new footing, we change a lot of things -- but we keep the history of the three in place. But we broaden it so it can be set up and be carried on -- it would have a better chance for survival, I guess. You know?
Transformers: Age of Extinction yang ditayangkan pada 2014 berjaya mengutip kutipan sehingga 1.104 billion USD di seluruh dunia dengan bajet asal hanya sekitar USD210 juta. Walaupun filem tersebut menukar watak Sam Witchwicky kepada watak baru lakonan Mark Wahlberg, terbukti bahawa filem Transformers arahan Michael Bay masih berbisa.

Michael Bay akhirnya merosakkan francais dengan filem kelima Transformers, Transformers: The Last Knight sekaligus menjadi filem dengan kutipan paling rendah dalam francais utama Transformers. 

Apapun, kekuatan filem Transformers arahan Michael Bay semestinya pada babak aksinya dan juga visual yang memukau walaupun kebanyakan babak kelihatan agak serabut dan dirakam dengan agak kucar-kacir dan editing yang agak laju. 

Jika filem keempat Transformers tidak diarahkan oleh Michael Bay, Stephen Sommers dan Roland Emmerich antara pengarah yang berada di dalam senarai untuk mengarahkan filem berkenaan. 

REVIEW FILEM TRANSFORMERS


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan