Header Ads Widget

Madonna Menyesal Pernah Menolak Tawaran Watak Dalam 'The Matrix' Namun

Penyanyi pop sensasi Madona mendedahkan yang dia pernah mendapat tawaran untuk berlakon dalam filem The Matrix namun menolakknya. Penyanyi yang cukup terkenal dengan lagu lagu pop di era 90an ini sememangnya terkenal dengan bakat lakonannya juga. Sepanjang karier, dia sudah berlakon dalam 25 buah filem.

Pendedahan Madona ini sememangnya agak mengejutkan kerana ramai tidak menyangkakan bahawa pelakon itu pernah berada dalam barisan pelakon yang disenarai untuk memegang watak dalam filem The Matrix.

Madonna mendedahkan tentang tawaran itu dalam satu temubual bersama Jimmy Fallon dalam rancangannya, The Tonight Show. Selain mendedahkan tawaran tentang filem The Matrix, dia juga menyatakan yang dia pernah menolak tawaran untuk berlakon filem Batman Returns sebagai Catwoman. 

I regret that I turned down Catwoman. That was pretty fierce… I also turned down the role in The Matrix - can you believe that? I wanted to kill myself. That's like one of the best movies ever made. A teeny tiny part of me regrets just that one moment in my life.

Namun, dalam sesi temubual itu, Madonna tidak mendedahkan watak apa yang ditawarkan kepadanya. Mungkin jika diagak, pastinya pengarah filem The Matrix menyasarkan penyanyi itu untuk memegang watak Trinity sebelum watak tersebut diberikan kepada Carrie-Anne Moss. 

Sebelum ini, pelakon Eternals, Salma Hayek juga turut mendedahkan yang dia juga pernah menolak tawaran untuk berlakon filem The Matrix kerana malas. 


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Post a Comment

0 Comments