'John Wick 4' Akan Dedahkan Lebih Banyak Tentang Dunia Pembunuh Upahan

Pelakon utama filem John Wick mendedahkan yang filem John Wick 4 akan menampilkan lebih banyak maklumat berkenaan dunia pembunuhan dalam filem tersebut. Filem yang mana pernah tampil dalam filem The Matrix, Speed dan Point Break itu juga menyatakan bahawa filem keempat ini akan lebih menarik dan hebat.

John Wick pada asalnya hanyalah bermula sebagai filem yang berkisar tentang seorang lelaki yang kehilangan anjing kesayangannya setelah dibunuh. Namun, ianya berkembang menjadi sebuah francais yang mempunyai kehebatan tersendiri.

Keanu Reeves bercakap tentang filem John Wick 4 dalam temubual bersama Today, untuk membincangkan komik tulisannya Brzkr yang mana turut ditulis oleh Matt Kindt. 

They're fun. They're intense. We're going for it. There's some really amazing John Wick action and new characters and it's been really fun to be playing the role again and to be telling this story. You know, there's new characters and we're opening up the world. Right now we're just shooting this crazy fight scene in the middle of traffic. So there's car crashes, gun fights.

Menurutnya, filem keempat ini akan mempunyai babak aksi yang lebih hebat dan akan memperluaskan dunia John Wick lebih dari dua filem sebelum ini. Jika dilihat dari dua filem sekuel sebelumnya, filem filem John Wick sentiasa memecahkan tembok penceritaan dengan pelbagai upgrade dari segi aksi dan penceritaan.

Tidak hairanlah, untuk John Wick 4 akan turut menampilkan kelainan tersendiri dan akan menjadikan francais John Wick sentiasa segar dan hebat di mata peminat francais tersebut. 


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan