Henry Cavill Teruja Jika Ditawarkan Watak Antagonis Filem 'James Bond'

Pelakon yang sinonim dengan watak Superman dalam filem superhero DC, Henry Cavill teruja dan gembira jika ditawarkan untuk memegang watak antagonis bagi filem James Bond. Terbaru, Daniel Craig bakal tampil dalam filem No Time To Die yang merupakan filem terakhir pelakon tersebut. Henry Cavill tidak akan muncul dalam filem tersebut.



Namun, ramai yang mungkin tidak tahu yang Henry Cavill merupakan antara calon James Bond namun tidak berjaya dipilih. Hal ini kerana pada 2006, pengarah Martin Campbell menyatakan bahawa Henry Cavill terlalu muda untuk menjadi pewaris watak James Bond.

Menurut The Movie Dweeb, Henry Cavill mendedahkan yang dia terbuka jika ditawarkan watak antagonis untuk filem James Bond. 


Walaupun ramai peminat mahukan Henry Cavill untuk memegang watak James Bond, watak antagonis pun tak kurang menarik juga. Sebelum ini, Henry Cavill pernah memegang watak spy dalam filem The Man From U.N.C.L.E dan juga pernah terlibat dalam filem Mission Impossible: Fallout.

Semestinya minat Henry Cavill ini harus diambil kira penerbit filem James Bond di masa akan datang. Pastinya agak menarik untuk melihat adakah Henry Cavill akan menjadi villain yang cukup badass untuk melawan James Bond baharu di masa akan datang.  



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan