Filem Terbaru Beto Khusyairy Disamakan Dengan 'Squid Game', Pengarah Tampil Beri Penjelasan



Foto menampilkan empat orang lelaki mengenakan baju melayu dengan tanda nombor bertulisan jawi dan foto sepasukan tentera lengkap serba hitam bertengkolok menimbulkan spekulasi bahawa ianya ialah sebuah filem yang diinspirasikan dari filem Squid Game. 




Foto yang sudah mendapat 19 perkongsian dan juga lebih 100 likes itu dimuat naik di laman page Suka Filem dan mendapat reaksi yang pelbagai. Dua foto ini pada asalnya dikongsi oleh pengarah filem berkenaan, Aliff Ihsan Rahman.
 

Pengarah filem tersebut, Aliff Ihsan Rahman juga turut singgah di ruang komen dan menjelaskan bahawa filem ini bukanlah adaptasi atau diinspirasikan daripada siri Netflix viral, Squid Game. Sebaliknya, idea filem ini sudah ada semenjak 2013 dan pada tahun ini baru dapat dikembangkan menjadi sebuah filem penuh.
Biasalah tu. Kebetulan time shoot, Squid Game tengah viral. Konsep dah develop sejak 2013 lagi dalam filem pendek. 2021 baru ada peluang nk jadikan feature film. Alhamdulillah ☺️
Demikian kata pengarah dalam menepis tanggapan penonton yang menganggap filem ni sama dengan Squid Game.

Filem ini masih belum ada sinopsis yang jelas. Ianya berkisar tentang sebuah penjara. Pastinya melihat dari kostum, ianya cukup unik dan menarik kerana mengekalkan ciri-ciri kemelayuan. Diharapkan pembikinan filem ini berjalan lancar dan dapat disiapkan seperti dirancangkan. 

Catat Ulasan

0 Ulasan