Daniel Craig Janji 'Knives Out 2' Berbeza Dari Filem Pertama

Pelakon Daniel Craig mendedahkan yang filem Knives Out 2 akan menjadi lebih lain dari yang lain berbanding filem pertama yang diterbitkan pada 2019. Daniel Craig memegang watak detektif Benoit Blanc yang mana berjaya membawa kejayaan kepada filem tersebut apabila mencecah kutipan sebanyak USD311 juta di seluruh dunia.



Knives Out 2 akan ditayangkan di Netflix selepas gergasi penstriman itu membeli hakcipta filem tersebut dengan beberapa sekuel akan datang dengan perjanjian bernilai USD400 juta. Walaupun filem kedua Knives Out masih belum mempunyai tajuk rasmi, penggambaran filem ini sudah pun tamat September lalu. 

Daniel Craig mendedahkan tentang filem Knives Out dalam satu temubual bersama Empire: 

I'm so lucky to have Rian [Johnson] in my life. He’s such a great writer. That script arrived and I was literally like, ‘Are you kidding me?’ I couldn't believe that he wanted me to play it. I was going, ‘It says Southern accent you went here. Really?’ And he's like, ‘Yeah?’ 

We've just finished the second one, literally weeks ago. They've just wrapped up in Serbia. Dare I say it’s better? We'll see. I don't want to tempt fate. It's different, and that's the amazing thing. It's still a Benoit Blanc mystery, but it's very different. I'm very excited about it.

Filem yang bergenre whodunnit ini sememangnya mempunyai peminatnya yang tersendiri. Sekuel Knives Out menampilkan pelakon hebat seperti Dave Bautista, Edward Norton, Kate Hudson, Ethan Hawke, Jessica Henwick, Kathryn Hahn dan Madelyn Cline. 

Dengan barisan pelakon yang cukup hebat dalam sebuah filem, pastinya kita tertunggu-tunggu apakah misteri yang akan diselesaikan dalam sekuel ini. 


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan