Daniel Craig Hampir Berhenti Jadi James Bond Selepas Filem 'Spectre'

Filem terbaru James Bond, No Time To Die ialah filem terakhir bagi pelakon Daniel Craig sebagai watak ejen penyiasat tersebut. Filem ini menampilkan pengarah Amerika pertama untuk filem James Bond, Cary Joji Fukunaga. Dalam filem ini, Bond berhadapan dengan Safin, seorang pengganas yang cuba menakluk dunia dengan teknologi berbahaya.

Sebelum ini, media melaporkan yang filem terakhir James Bond ialah Spectre. Namun, No Time To Die mengejutkan peminat apabila Daniel Craig muncul sekali lagi buat kali terakhir sebagai James Bond.

Menurut Daniel Craig dalam satu temubual, dia sudah merasakan dirinya sudah tua dan tidak sesuai untuk memegang watak James Bond lagi. Malah, beberapa kecederaan yang dialami di set filem Spectre menyebabkan dia berfikir dua kali untuk meneruskan lakonannya bagi filem No Time To Die. 

I've always tried to be honest about my feelings. When I started doing Bond, I threw myself into it and was as physical as I possibly could be. I felt like that was really important – that's who I wanted my Bond to be. I wanted people to believe it was me doing those stunts. However, after Spectre, I genuinely felt like I couldn't do that anymore. I felt like, 'What was the point?' Also, it's at least a year out of my life away from home. And that is really tough on everybody. That call [to my wife], when I go, "Hi, I got injured, I'm going to the hospital," is not a great phone call to make. I didn't feel like I could do it anymore.

Ketika di awal penglibatan Daniel Craig sebagai James Bond, ramai yang kurang menggemari pelakon ini untuk memikul tanggungjawab sebagai Bond. Namun, kini rata-rata meminati lakonannya dan disifatkan sebagai antara pelakon James Bond yang terbaik di era ini. 

No Time To Die mungkin sebuah filem yang mengakhiri kerjaya Daniel Craig sebagai James Bond tetapi tidak mengakhiri kariernya sebagai pelakon yang akan tampil dalam beberapa filem terbaru seperti sekuel filem Knives Out 2! 



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan