Aziz M. Osman Tak Tonton Filem Sendiri Jika Tayang Di TV3! Ini Sebabnya!

Pengarah filem komedi yang terkenal di era 90an menyatakan yang dia tidak pernah menonton filem arahannya jika ianya ditayangkan di TV3. Kenyataan itu dikeluarkan melalui satu hantaran di laman Twitter selepas Afdlin Shauki memuat naik sebuah tweet berkaitan filem Buli yang disiarkan di TV3 yang telah dipotong terlalu banyak. 




TV3 dikenali dengan tayangan filem-filem hebat. Namun, para penonton kebanyakan agak kecewa apabila kebanyakan babak-babak filem hebat dipotong demi untuk menyelitkan iklan yang semestinya menjadi lubuk duit anak syarikat Media Prima berkenaan. 

Afdlin Shauki tampil dengan status berikut:

Aziz Osman lalu membalas tweet tersebut dengan ayat berikut:

 


Menurut Aziz M. Osman, dia berkongsi tentang sebab kenapa TV3 akan memotong beberapa babak walaupun babak tersebut boleh dikatakan sesuai untuk tontonan masyarakat. Berdasarkan pengalamannya, pihak TV3 akan memotong beberapa bahagian filem yang sesuai untuk memberi laluan kepada iklan.

Para penonton mungkin masih boleh menerima jika babak yang dipotong mengandungi unsur-unsur kurang sopan dan melanggar norma budaya Timur. Namun, potongan demi untuk memberi laluan kepada iklan seakan-akan merosakkan filem itu sendiri.

Apa pendapat korang? Adakah korang masih tonton filem di TV3?



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan