Header Ads Widget

Azhan Rani Mohon Maaf 'Frontliner' Kena Kecam, Tidak Sangka Untuk Tayangan Netflix

Pelakon Azhan Rani menyatakan bahawa dia tidak menyangkakan yang filem yang dilakonkan itu ialah untuk tayangan Netflix. Frontliner yang menampilkan pelakon hebat seperti Azhan Rani, Beto Khusyairy, Farah Ahmad, Achey, Wan Maimunah dan ramai lagi kini sudah boleh ditonton di Netflix bermula 30 September.

Namun, reaksi netizen kelihatan tidak menyebelahi filem ini apabila ianya dikritik ramai kerana mempunyai jalan cerita yang membosankan.

Dalam temubual bersama Harian Metro, Azhan Rani mendedahkan yang dia tidak menyangkakan filem ini ialah untuk tayangan Netflix. 

Masa penggambaran dilakukan, banyak benda yang terbatas dan kami tidak dimaklumkan ia akan ditayangkan untuk Netflix.

Dia juga turut mengakui tentang lakonannya di dalam filem tersebut dan memohon maaf kerana tidak dapat memberi persembahan yang terbaik untuk filem berkenaan.  

Saya tak nafikan apa yang orang cakap, setiap lakonan mungkin ada orang suka dan tak suka. Cuma saya ambil positif kerana niat asal cerita tu untuk mengangkat tema semangat frontliners... kita hormat dan rasa terima kasih kepada mereka. Segala kelemahan tu saya mohon maaf dan mengakuinya. Saya memandang daripada sudut positif dan kalau kita tengok, ramai sahaja yang menerima dengan positif berbanding negatif.

Penggambaran filem Frontliner dilakukan selama dua minggu pada sekitar Ogos 2021 dan dilaksanakan dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat. 



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



==========================================

Post a Comment

0 Comments